BERAPA ramai lagikah pemain berstatus bintang dari Eropah yang bakal ‘dikebas’ oleh Liga Profesional Arab Saudi selepas ini?
Pada asalnya, perpindahan pemain yang begitu ramai sekali sejak beberapa bulan lalu dilihat sebagai keputusan memilih ‘rumah persaraan’ mewah dan mengumpul sebanyak mungkin wang sebelum menggantung but secara kekal beberapa tahun kemudian.
Ini kerana rata-rata pemain yang dibeli sudah pun agak berusia dan boleh dikatakan hampir mencecah penghujung tempoh kerjaya bermain di tahap tertinggi, antaranya Karim Benzema (35 tahun), Jordan Henderson (33 tahun) dan N’Golo Kante (32 tahun).
Namun, rentak ini kemudian serba-sedikit dipatahkan dengan persetujuan pemain yang lebih muda dan masih berada di puncak kerjaya mereka, antaranya Ruben Neves, Allan Saint-Maximin dan Sergej Milinkovic-Savic yang cuma berusia 26-28 tahun.
Menurut laporan Daily Mail semalam, kelab Al-Ahli mendedahkan mereka telah berjaya mendapatkan sasaran rahsia yang lama diburu – pemain muda berbakat besar dari Celta Vigo, Gabri Veiga, yang baru berusia 21 tahun.
Pemain itu awalnya dilaporkan menarik perhatian kelab-kelab ternama seperti Manchester United dan Newcastle United tetapi memilih Al-Ahli pada akhirnya.
Tidak sukar meneka motivasi utama Veiga membuat keputusan itu, jika bukan kerana bayaran lumayan, apa lagi?
Menurut presiden kelab Celta Vigo, Carlos Mourino, meskipun pihaknya enggan menjual Veiga, tawaran daripada Al-Ahli terlalu tinggi untuk ditolak dan mustahil untuk disaingi.
Kesan daripada berita itu, banyak pihak meluahkan pendapat bahawa Veiga telah menjual masa depan yang cerah untuk beraksi dalam liga profesional tahap tertinggi dan kancah Eropah semata-mata kerana tamakkan wang.
Menariknya, pemain veteran Real Madrid, Toni Kroos, turut sama bersetuju dengan suara majoriti lalu meninggalkan komen yang tertulis ‘memalukan’ di laman Instagram milik Veiga.
Gelombang dari Arab Saudi berterusan lagi hari ini dengan pendedahan kelab Al-Ittihad pula yang menyatakan mereka bersedia menawarkan pemain bintang utama Liverpool, Mohamed Salah, gaji yang lebih tinggi daripada Cristiano Ronaldo demi membawanya ke negara mereka.
Meskipun Salah baru sahaja menandatangani kontrak baharu, serta ejennya Ramy Abbas mengesahkan pemain itu bakal kekal komited kepada Liverpool, Al-Ittihad dilihat tidak sedikit pun goyah dan tetap meneruskan percubaan mereka.
Setelah berjaya mendapatkan Benzema bulan lalu, peluang untuk menggandingkannya dengan Salah dilihat sebagai satu pencapaian menakjubkan yang berbaloi untuk dikecapi, tidak kira sebanyak mana pun wang yang harus dilaburkan.
Liverpool pantas menidakkan segala ura-ura itu dengan menyatakan mereka tidak akan melayan sebarang tawaran kerana Salah teramat penting tetapi masalahnya adalah tidak ada sebarang kenyataan pun yang keluar dari mulut Salah sendiri buat ketika ini.
Jika Liverpool berjaya mengekalkan Salah musim ini sekalipun, siapa yang boleh menjamin bahawa perkara serupa tidak akan berulang lagi musim depan?
Untuk rekod, Salah merupakan pemain dengan gaji yang paling tinggi dalam sejarah Liverpool, iaitu 350,000 pound (RM2.05 juta) seminggu dan hanya Erling Haaland serta Kevin De Bruyne di pihak Manchester City yang memperoleh gaji lebih tinggi dalam Liga Perdana Inggeris.
Jika Al-Ittihad bersedia menawarkan gaji lebih tinggi daripada ini, sejauh manakah kesetiaan Salah terhadap Liverpool mampu bertahan? Juga penting untuk diketahui, tempoh jendela perpindahan Liga Profesional Arab Saudi hanya bakal tamat beberapa minggu selepas jendela perpindahan Eropah, bermakna mereka masih mempunyai masa yang panjang untuk terus memancing lebih ramai pemain lain.
Siapa yang bakal menjadi sasaran seterusnya dan kejutan apa lagi yang bakal kita saksikan?
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Fri Aug 25 2023
Kelab Al-Ahli mendedahkan mereka telah berjaya mendapatkan sasaran rahsia yang lama diburu pemain muda berbakat besar dari Celta Vigo, Gabri Veiga, yang baru berusia 21 tahun.- Foto Stadium Astro
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda
Berapa ramai lagikah pemain berstatus bintang dari Eropah yang bakal dikebas oleh Liga Profesional Arab Saudi selepas ini?
Gerrard dedah punca pilih Al-Ettifaq
Gerrard dedah punca pilih Al-Ettifaq